KUCHING: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menjalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Katanya setakat ini, sebanyak 51 buah tabika di Sarawak telah menerima manfaat dari kerjasama strategik itu dan akan diteruskan secara berfasa.
"Kementerian terus komited untuk merealisasikan hasrat ini bagi memastikan anak-anak tabika KEMAS di luar bandar khususnya di Sarawak tidak ketinggalan dalam era digital ini," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.
Menurutnya, KEMAS juga merancang untuk membekalkan peralatan atau alat peranti digital seperti televisyen pintar, komputer riba dan akses internet ke tabika kelolaan jabatan itu di seluruh negara secara berfasa.
Beliau berkata ia seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang telah mengubah persekitaran pendidikan awal kanak-kanak di KEMAS yang menjadi semakin mencabar dengan kepesatan perkembagan teknologi masa kini.
"Antara pelaksanaan dalam program ini adalah mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas yang diintergrasikan dengan teknologi digital.
Hari Potensi Tabika KEMAS itu merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan tiga peringkat iaitu Daerah atau Parlimen, Negeri dan Kebangsaan bagi melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dari sudut akademik, sukan dan bakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Menurut Rubiah, setakat ini sebanyak 51 buah tabika di Sarawak telah menerima manfaat dari kerjasama strategik itu dan akan diteruskan secara berfasa.- Gambar fail/Bernama
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.
Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 tabika Kemas - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 Tabika Kemas bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.
Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal - Ahmad Zahid
Pendekatan Kemas memperkenalkan pendidikan Al-Quran dan ibadah kepada anak-anak kecil dilihat sebagai langkah yang tepat.
Kemas peruntuk RM1 juta bagi pelaksanaan program Pintar Botani
Modul Pintar Botani itu merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menerapkan aspek Sains dan Teknologi serta Amalan Gaya Hidup Sihat melalui makanan seimbang dan berkhasiat.
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.
Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.
Keputusan kenaikan elaun pembantu Tabika Kemas hujung tahun ini
Pemohonan telah dikemukakan kepada JPA untuk menaikkan elaun tersebut berikutan gaji RM500 diterima tidak setimpal dengan beban tugas.
Pembukaan Tabika Kemas baharu bergantung kepada keperluan, elak pembaziran
Pembukaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) baharu di sesuatu kawasan bergantung kepada keperluan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.
Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tidak wujud 'pilih kasih' di semua Tabika Kemas
Hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.